Pusat Pengajian IQRA’ ini ditubuhkan pada awal tahun 2005 di No 47, Jalan Rumbia 10, Taman Daya, Johor Bahru. Premis ini merupakan sebuah rumah kos rendah. Pada awalnya penubuhannya hanya terdapat 16 orang pelajar dan seorang tenaga pengajar. Pada awal tahun 2006 Pusat Pengajian IQRA’ telah berpindah ke premis baru di Jalan Rumbia 39, Taman Daya. Perpindahan ini disebabkan peningkatan jumlah pelajar iaitu terdapat 42 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2007, sekali lagi Pusat Pengajian IQRA’ berpindah disebabkan peningkatan jumlah pelajar yang ketara iaitu terdapat 80 orang pada tahun 2007 dan sehingga kini jumlah pelajar adalah 196 termasuk kelas dewasa dengan 19 orang tenaga pengajar.
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment