Tuesday, February 16, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT PENGAJIAN IQRA'




















Pusat Pengajian IQRA’ ini di tubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan pusat mengaji Al-Quran yang dikendalikan oleh keluarga. Pusat mengaji ini ditubuhkan diatas dasar kesedaran kami bahawa terdapat keperluan mewujudkan satu pusat mengaji yang bersistematik dan profesional pada ketika ini. Disamping kelas-kelas mengaji, kami juga mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti sampingan seperti mewujudkan kumpulan marhaban kanak-kanak, kelas Fardhu Ain & Tajwid setiap hari isnin dan Jumaat, Majlis Tahlil, program motivasi, aktiviti bulanan dan juga sambutan hari-hari kebesaran islam. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak khasnya dan seterusnya akan membentuk kanak-kanak tersebut agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri suatu hari kelak. Pusat mengaji ini juga mengadakan kelas mengaji/agama bagi peringkat dewasa bermula pada 6 April 2007. Pada masa ini terdapat 3 kelas dewasa mengikut tahap. Sehingga kini terdapat lebih kurang 196 orang kanak-kanak termasuk dewasa yang belajar di pusat mengaji ini dengan 19 tenaga pengajar. Pihak kami amat mengalu-alukan SUMBANGAN WAQAF dari YB Datuk/Datin/Tuan/Puan bagi tujuan pihak kami menyediakan peralatan-peralatan seperti rehal, sejadah, Al-Quran dan lain-lain. Ini adalah disebabkan peningkatan pelajar-pelajar setiap tahun.

SUMBANGAN WAQAF boleh di beri terus ke alamat sepertimana berikut:-

Pusat Pengajian IQRA’ 61, Jalan Nibong 18, Taman Daya, 81100, Johor Bahru, Johor
  • Ustaz Mohd Nasir 019 – 7462137 / Puan Nor Azah 016 - 7330961 ATAU
  • Disalurkan melalui akaun MAYBANK BHD 551285002953 diatas nama Pusat Pengajian Iqra’

No comments:

Post a Comment